Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK BUTTERMILK

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • Udang Galah besar dalam 15 ekor
  • Serbuk kunyit/garam
  • 3-4 batang daun kari (dalam 20 helai)
  • 3 sudu butter/mentega
  • 4-5 ulas bawang putih-dicincang halus
  • Bawang besar dihiris dadu(pihan kalau tidak letak)
  • 4-5 biji cili padi (ikut suka hendak pedas tambah lagi)
  • Setengah tin susu cair (nak lebih pun boleh)
  • Sedikit tepung jagung  (untuk memekatkn kuah)


PROSES PENYEDIAAN

  1. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sampai udang masak. Jangan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna.
  2. Angkat udang dan ketepikan, biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air (tidak perlu letak kalau sudah pekat)
  5. Bubuh udang, garam dan gula atau Susu pekat. Sesuaikan rasa,letak banyak sedikit biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa anda

No comments:

Post a Comment