Ikan Duri merupakan spesies ikan air tawar atau laut yang terdiri dari 3 spesies iaitu Ikan Duri Kuala Arius tenuispinis, Ikan Duri Laut Arius thalassinus, Ikan Duri Laut Arius sumatranus
BAHAN BAHAN1 ekor ikan duri ~ di siang cuci bersih dan potong 2 - Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan goring Angkat dan ketepikan
2 labu bawang besar ~ di hiris ( sederhana besar sahaja )
5 tangkai cili padi ~ di hiris
10 tangkai kacang peas ~ di hiris ( optional )
1 sudu besar sos tiram
sedikit air asam
BAHAN TUMBUK
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu teh lada hitam
1 inc halia
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum
Masukkan bawang besar hiris dan cili padi hiris. Masak hingga layur
tambahkan sos tiram dan sedikit air, masak hingga merenih
Masukkan air asam, ikan dan kacang peas, gaul rata.Perasakan dengan garam secukup rasa
Bila ikan dah mesra dengan kuah Angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment