Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK ASAM REBUS

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • Udang Galah setengah kg
  • 4 ulas bawang merah /  bawang besar - hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 10 tangkai cili padi - belah hujung jer *ikut kepedasan nak banyak mana
  • 3 tangkai serai - dititik / ketuk
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit hirisan halia - optional
  • garam aji secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN

  1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, cili, serai & asam keping sampai mendidih
  2. Masukkan udang yg dah dibersihkan tadi.
  3. Masuk garam & aji secukup rasa (jangan lupa keluarkan asam keping takut masam sangat) SIAP

No comments:

Post a Comment