Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK ASAM MANIS

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 1 kg Udang galah - bersihkan,
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • 5 tangkai cili padi - hiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Gula dan garam secukupnya

 

CARA MEMASAKNYA:

  1. Tumis semua bahan dihiris tadi, masukkan serai, dan tumis hingga naik bau
  2. Masukkan udang galah dan biarkan hingga udang masak. Masukkan asam keping. Gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato, gaul rata
  4. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.
  5. Matikan api, dan udang masam manis anda sedia,untuk di makan

No comments:

Post a Comment