Sunday 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH CILI KERING

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 15 ekor udang Galah
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu besar cili kering kisar
  • Sos tomato

 

BAHAN LAIN:

  • Bawang besar
  • Buah tomato
  • Daun sup


PROSES PENYEDIAAN

  • Cili kering digoreng hingga garing dan dikisar dengan pengisar kering. Boleh dibuat banyak dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan masa depan.
  • Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan udang dan goreng hingga hampir masak.
  • Masukkan cili kering flakes dan sos tomato ke dalam udang tadi. Akhir sekali, masukkan bawang besar, buah tomato dan daun sup.

No comments:

Post a Comment