Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK RENDANG

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 500grm udang galah - dibersihkan
  • 2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) - dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 keping asam keping / asam gelugor
  • 4 sudu besar kerisik
  • Santan (1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan)
  • 4 sudu besar cili kisar / cili boh (jika ingin pedas boleh tambah lagi)
  • Garam & gula secukupnya

 

BAHAN KISAR

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas

 

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.
  2. Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.
  4. Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.
  5. Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
  6. Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
  7. Jika ok, padamkan api & hidangkan

No comments:

Post a Comment