Sunday, 29 November 2020

RESEPI IKAN DURI MASAK ASAM REBUS

Ikan Duri merupakan spesies ikan air tawar atau laut yang terdiri dari 3 spesies iaitu Ikan Duri Kuala Arius tenuispinis, Ikan Duri Laut Arius thalassinus, Ikan Duri Laut Arius sumatranus

BAHAN BAHAN

  • Ikan duri - 1 atau 2 ekor (telah dipotong empat dari kedai)
  • Asam Jawa - 2 atau 3 sudu (untuk rendam) 1 sudu (untuk rebus)
  • * Belacan - 1/2 bulatan (eh agak-agak je)(yang pasti kena banyak)
  • * Cili padi/api - 12 batang? (eh sempat pulak aku kira?!) agak-agak je
  • * Serbuk Kunyit - 1 sudu teh
  • Daun Kesum - seikat (potong batang)
  • Asam Keping - segenggam (sebab genggaman I kecik je. Haloh) *7keping

 

CARA MASAK 

  • Basuh ikan (buang apa yang patut), pastu redam dengan asam jawa. (ikan+air+3 sudu asam jawa) *sebatikan mereka guna tangan je. selawat ya (biarlah mereka berendam sementara siapkan bahan yang lain
  • Blander yang bertanda *
  • Panaskan kuali, masukkan bahan yang telah diblander dan tambah air (banyak air, banyak kuah)
  • Terus masukkan Asam Jawa (1 sudu) , Asam Keping (segenggam) , Daun Kesum (seikat)
  • Garam (satu sudu teh)*nanti rasa dan tambah lagi.  Ajinamoto (hujung sudu teh)
  • Basuh ikan yang direndam tadi dan masukkan dalam kuali. Biar Lauk Ikan  itu mendidih lama.
  • Bila dah didih, kecikkan api dan biar dia didih lagi. (supaya ikan masak sepenuhnya dan kurangkan kepedasan cili api)
  • Agak-agak cukup lama, tutup api. Siap!

No comments:

Post a Comment