Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK BUTTER TELUR

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 300g udang galah
  • 2 sb serbuk kari
  • 1 sb tepung jagung
  • Garam
  • 2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi
  • 1/2 cawan susu cair (lebihkan jika mahu kuah banyak)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya

 

CARA MEMASAKNYA:

  1. Perapkan udang dengan serbuk kari, tepung jagung dan sedikit garam.
  2. Goreng sebentar dan ketepikan.
  3. Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan daun kari dan cili padi, goreng sehingga sedikit garing.
  5. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  8. Hidangan udang di dalam mangkuk dan taburkan dengan sarang telur tadi. (boleh juga campuran sekali sarang telur di dalam kuali semasa memasak).

 

BAHAN SARANG TELUR:

  • 3 biji kuning telur
  • 1 cwn minyak masak
  • 5 sb butter

 

CARA-CARA:
  1. Panaskan butter dan minyak sehingga betul-betul panas.
  2. Pusingkan minyak yang telah panas tadi dengan menggunakan senduk bulat atau chopstick.
  3. Pukul telur sedikit dan tuang telur dengan tinggi supaya telur turun halus. Tuang sambil terus pusingkan minyak dengan laju.
  4. Biarkan telur garing seketika dan angkat ke dalam tapis untuk toskan minyaknya. Ketepikan.

No comments:

Post a Comment