Sunday 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK PAPRIK

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 400gm Udang Galah
  • 1 Biji Bawang holland
  • 3-4biji  Bawang merah
  • 5 tangkai Cili Api
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 2 tangkai Serai di  titik
  • 5 helai Daun limau Purut
  • 1sudu besar Sos cili
  • 1 sudu besar  sos Tiram
  • 1 sudu besar Kicap Manis
  • sayur sikit sprt kacang panjang, lobak merah , baby corn..
  • Garam

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. udang Galah dibersihkan dan  goreng separuh masak.
  2. Tumis bawang merah,bawang putih dan masuk la cili api,serai dengan daun limau purut dan tak lupa bawang Holland hingga naik bauh dan pecah minyak. letak la sos cili,sos tiram dan kicap
  3. Masukkan udang yang dgoreng tadi dan  Letak sayuran. letak garam sikit. tutup api dan siap

No comments:

Post a Comment