Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK SAMBAL BERTELUR

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 400 gram udang galah
  • *2 biji bawang putih
  • *1/2 biji bawang merah besar
  • Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk halus
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar Holland, dihiris
  • 1 biji cili hijau, dipotong serong
  • 1 biji telur, dipecahkan dan digodek sedikit
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Udang Galah . Basuh bersih dan toskan airnya.
  2. Bawang putih dan bawang merah besar yang ditumbuk, cili kisar dan sebiji telur.
  3. Mula-mula panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan udang.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa. Gaul sebati. Masukkan sedikit air.
  5. Tutup kuali dan biarkan sekejap supaya udang cepat  masak.
  6. Sementara itu, pecahkan telur dan godek sedikit.
  7. Buka penutup dan pastikan udang masak. Kalau belum masak, tunggu sampai masak. Kalau kering, tambah air secukupnya.
  8. Bila udang sudah masak, tuang bancuhan telur sambil dikacau. Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan lada hijau hiris. Gaul sehingga rata, sehingga kering sedikit.
  9. Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Sedia untuk dijamu..

No comments:

Post a Comment