Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK TEMPOYAK

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 1 kg udang galah - bersihkan
  • 2 senduk tempoyak
  • 10 tangkai cili api
  • 5 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun kunyit - simpul
  • Sedikit air, garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN

  1. Bersihkan udang galah
  2. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit hidup
  3. Campurkan kesemua bahan dalam kuali
  4. Tambah sedikit air dan renehkan
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga agak pekat.
  6. Kalau tak suka pekat sangat, boleh ditambah air panas dan kurangkan tempoyak ke 1 1/2 senduk.
  7. Saya masukkan beberapa helai daun limau purut.
  8. Sekian dan selamat mencuba

No comments:

Post a Comment