Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diterènak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam
- 6 ekor udang saiz besar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 ulas bawang merah, hiris nipis
- 1 biji cili merah, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
- Garam secukup
- 3 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
- Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
- Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
No comments:
Post a Comment