Sunday, 29 November 2020

GULAI IKAN DURI

Ikan Duri merupakan spesies ikan air tawar atau laut yang terdiri dari 3 spesies iaitu Ikan Duri Kuala Arius tenuispinis, Ikan Duri Laut Arius thalassinus, Ikan Duri Laut Arius sumatranus

BAHAN BAHAN

  • Ikan duri - banyaknya ikut suka (dicuci dan direndam dlm air asam jawa lebih kurang 10 minit utk menghilangkan hanyir ikan)
  • 1 bungkus rempah kari ikan babas - bancuh rata dgn sedikit air
  • Sedikit air asam jawa
  • Santan
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN TUMIS

  • 2 ulas bawang merah- dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar halba


PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kari  dan  air asam jawa. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan. Kacau  supaya tidak meruap. Masukkan garam secukup rasa.
  • Apabila ikan dah masak bolehlah diangkat

No comments:

Post a Comment