Sunday, 29 November 2020

RESEPI UDANG GALAH MASAK ASAM PEDAS

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang galah mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Udang ini boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Australia Utara. Ia adalah haiwan omnivor dan mempunyai kecenderungan untuk aktif pada waktu malam

BAHAN BAHAN

  • 400 gram udang galah saiz besar - bersihkan
  • 600 ml air
  • 2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 biji tomato - belah 2
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

BAHAN KISAR

  • 20 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
  2. Tambahkan air dan biar mendidih  selama 10 minit atau lebih.
  3. Kemudian masukkan udang galah. Tambahkan lada putih tumbuk.
  4. Masak udang galah di antara 5 hingga 6 minit dan kemudian masukkan tomato serta daun limau purut.
  5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya. Padamkan api dap

No comments:

Post a Comment