Monday, 4 October 2021

RESEPI SUP IKAN MERAH

Ikan Merah juga dikenali sebagai ikan Siakap Mera, atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus merupakan ikan air masin. Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

Spesies ini merupakan ikan pemangsa, mencari makan pada waktu malam memburu ikan, krustasia, gastropod dan moluska sefalopod.Sebagai ikan pemangsa, ia sering berlegar-legar sekitar akar bakau, pokok tumbang, dinding batu, den kawasan terlindung di mana mangsa yang lebih kecil tinggal untuk perlindungan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan merah saiz setengah kg
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 serai (diketuk)
  • 3 sekawan
  • 2 sudu makan rempah sup adabi
  • 1/2 sudu teh biji lada hitam
  • 1/2 sudu teh biji lada putih
  • Sedikit air
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Sedikit bawang goreng

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, biji lada hitam dan biji lada putih. Tumiskan 3 sekawan dan bahan tumbuk tadi. Masukkan serai.
  2. Tumis hingga naik bau. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Selepas mendidih, masukkan ikan. Perasakan mengikut citarasa masing-masing.
  4. Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment