Thursday 7 October 2021

RESEPI IKAN KERISI MASAK AMPAP

Sebut Resepi ikan masak ampap amat sinonim dengan negeri Sabah. Iaitu ikan yang dimasak menggunakan bahan seperti kunyit, halia dan beberapa bahan dalam masakan tersebut. Warna masakan wajib kuning kalau bukan kuning itu bukan ampap namanya. Kalau di Semenanjung masakan ni ada dimasak tetapi atas nama singang kuning atau ikan masak kuah kuning. Cuma untuk ampap kunyit yang digunakan perlu banyak dan kuah masakan tersebut perlu sedikit. Berikut adalah resepi masakan ampap dari Negeri Sabah yang sememangnya menjadi kegemaran etnik sabah dari suku kaum brunei, bajau pantai barat dan suku kaum irranun di Kota Belud. Semoga bermanfaat.

BAHAN BAHAN

  • 500 gram ikan kerisi
  • air asam jawa / asam keeping pun boleh
  • 2 Batang serai - titik
  • garam secukup rasa
  • Gula sedikit kalau rasa nak manis sikit


BAHAN TUMBUK
  • 1 ulas halia hidup
  • 2 ulas kunyit hidup
  • 4 biji bawang merah saiz kecik
  • 6 biji bawang putih
  • Cili api / padi – nak pedas boleh bubuh banyak sikit
  • Lada merah / hijaubesar sebagai pelengkap
  • 1 biji buah tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis – Kalau tak suka minyak pun boleh.


PROSES PENYEDIAAN
  1. Siang, bersihkan dan toskan ikan...
  2. Sediakan bahan bahan bahan termasuk bahan untuk ditumbuk
  3. Tumbuk bahan seperti halia, kunyit bawang merah dan putih, cili
  4. Lada besar hiris cantik memanjang
  5. Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan tumis semua bahan bahan kisar dan serai
  6. Masukkan ikan dan gaul dengan bahan yang telah ditumis
  7. Masukkan asam jawa / asam keeping.Kalau nak guna mangga muda atau belimbing besi pun boleh.tapi asam jawa lagi enak
  8. Masukkan tomato dan lada merah/Hijau yang telah dipotong
  9. Biar mendidih dan air kuah makin sedikit. Ampap ni kena air sikit atau xda kuah langsung
  10. Siap dan hiding dengan nasi panas. Kalau suku kaum brunei ampap mereka suka makan dengan ambuyat dan ampap ada kuah sikit.

No comments:

Post a Comment