Saturday, 9 October 2021

RESEPI IKAN SALMON MASAK KICAP

Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Ikan ini hidup dalam lautan-lautan Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik selain juga di Tasik-Tasik Besar benua Amerika Utara (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus).

BAHAN-BAHAN :

  • Seekor ikan salmon sederhana besar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar pes halia
  • sesenduk sos cili
  • sesenduk sos tomato
  • kicap manis cap kipas udang secukupnya
  • 2 biji tomato
  • sebiji cili merah
  • sebiji cili hijau
  • air secukupnya untuk kuah
  • garam dan gula secukup rasa
 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Ikan di bersihkan di potong kepada enam keping, bilas dengan
  2. jus lemon atau air asam limau dahulu, kemudian sapu garam kunyit
  3. dan di goreng. Ketepikan.
  4. Tumiskan bawang dan halia hingga wangi, masukkan air secukupnya
  5. untuk kuah.
  6. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis secukupnya,
  7. biarkan kuah mendidih.
  8. Selepas tu masukkan ikan yang telah siap di goreng tadi, tomato yang
  9. di belah empat, cili merah dan cili hijau yang di belah dua.
  10. Rasa dahulu baru tambah garam dan gula secukup rasa ye.

No comments:

Post a Comment