Wednesday 6 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK ASAM GERAHANG

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan daging tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg Daging Tetel
  • 5 Biji Bawang Merah Besar
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 7-8 Batang Serai (ketuk2 je)
  • 4-5 inci Lengkuas (ketuk2 bg pecah)
  • Daun limau Purut
  • 1 Sudu Halba
  • Cili Kering Kisar
  • 40 gm Kerisik Jenama Wangi
  • Air Asam Jawa
  • Garam dan Perasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak hingga cukup panas,masukkan halba..biar seketika, kemudian masukkan serai dan lengkuas yg dah diketuk serta daun limau purut.. goreng hingga sedikit garing dan naik bau..
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih masak lagi hingga nampak kekuningan
  3. Resipi Daging Tetel Masak Asam Gerahang foto langkah 2
  4. Masukkan lada kisar tadi dalam 8-10 sudu besar.. kalo kurang tambah lagi..bergantung pada kepedasan lada yer... Masak hingga betul betul garing naik minyak
  5. Masukkan kerisik
  6. Masukkan air asam jawa secukupnya..kalo boleh biar masam yg cukup..
  7. Garam dan perisa 

No comments:

Post a Comment