Monday, 4 October 2021

RESEPI ASAM PEDAS IKAN MERAH

Ikan Merah juga dikenali sebagai ikan Siakap Mera, atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus merupakan ikan air masin. Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

Spesies ini merupakan ikan pemangsa, mencari makan pada waktu malam memburu ikan, krustasia, gastropod dan moluska sefalopod.Sebagai ikan pemangsa, ia sering berlegar-legar sekitar akar bakau, pokok tumbang, dinding batu, den kawasan terlindung di mana mangsa yang lebih kecil tinggal untuk perlindungan.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KISAR

  • 1/3 bawang Holland
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang Putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 4 biji cili api
  • 1 senduk cili kering


BAHAN BAHAN

  • 1 batang serai dititik
  • 1 sdt helbal
  • Daun kesom
  • 1 sdt garam
  • 2 sdt secukup rasa
  • 1 sdt MSG
  • 1 cawan air asam jawa cair
  • Ikan merah atau ikan pilihan anda
  • 4 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • Minyak utk menumis


PROSES PENYEDIAAN

  1. Kisarkan bahan kisar.. lalu panas panaskan minyak, masukkan bahan kisar masukkan serai dan halba tumiskan sehingga garing
  2. Bila dah garing masukkan bahan perasa semua.. dan masukkan air asam jawa..
  3. Lalu basuhkan ikan masukkan ikan tadi biarkan mdidih
  4. Pastu masukkan daun kesom dan bendi serta tomato biarkan bendi sedikit layu dah siap


No comments:

Post a Comment