Monday 4 October 2021

RESEPI IKAN MERAH MASAK MERAH

Ikan Merah juga dikenali sebagai ikan Siakap Mera, atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus merupakan ikan air masin. Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

Spesies ini merupakan ikan pemangsa, mencari makan pada waktu malam memburu ikan, krustasia, gastropod dan moluska sefalopod.Sebagai ikan pemangsa, ia sering berlegar-legar sekitar akar bakau, pokok tumbang, dinding batu, den kawasan terlindung di mana mangsa yang lebih kecil tinggal untuk perlindungan.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan merah (mengikut jumlah diingini)
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji tomato
  • 3 keping cili kering besar dihiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perisa
  • Gula sdk (simpan jika tidak mau pedas)
  • Sos lada hitam 1 sdk
  • Sos cili
  • Minyak masak 2 sdb
  • 1/2 cawan air
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  •  

PROSES PENYEDIAAN

  1. Ambil ikan mengikut jumlah diperlukan dan digoreng terlebih dahulu dengan dilumurkan garam, cuka dan serbuk lada hitam. Asingkan.
  2. Tuang minyak masak dalam kuali dan masak bawang besar, putih dan tomato dengan serbuk lada putih dalam api sederhana.
  3. Masukkan hirisan cili kering dan goreng. Selepas itu masukkan sos cili, sos lada hitam, 1/2 cawan air, garam, gula dan serbuk perisa sampai naik minyak dan apabila naik minyak barulah masukkan ikan yang telah digoreng dan siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment