Monday, 4 October 2021

RESEPI IKAN MERAH MASAK SAMBAL PETAI

Ikan Merah juga dikenali sebagai ikan Siakap Mera, atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus merupakan ikan air masin. Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

Spesies ini merupakan ikan pemangsa, mencari makan pada waktu malam memburu ikan, krustasia, gastropod dan moluska sefalopod.Sebagai ikan pemangsa, ia sering berlegar-legar sekitar akar bakau, pokok tumbang, dinding batu, den kawasan terlindung di mana mangsa yang lebih kecil tinggal untuk perlindungan.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping saiz besar ikan merah (saya potong empat)
  • 1 bj bawang besar dikisar
  • 4 ulas bwg putih dikisar
  • 5 sdb cili kering yg dikisar halus
  • 1 sdk garam dan bahan perasa
  • 2 sdb gula
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil petai yg telah dikopek
  • 2 bj kentang dibelah empat dan di goring

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Lumur serbuk kunyit dan garam pd ikan kemudian goreng ikan.Di kuali yg lain tumiskn bawang merah dan putih hingga wangi kemudian masukkan cili kisar dan msk hingga cili garing.Masukkan sedikit air sekiranya cili agak kering.
  2. Masukkan air asam jawa dan petai.Kemudian masukkan garam,gula dan perasa.
  3. Masukkan ikan merah yg telah di goreng tadi dan akhir sekali masukkan kentang dan kacau hingga sebati dan masak.

No comments:

Post a Comment