Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Ikan ini hidup dalam lautan-lautan Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik selain juga di Tasik-Tasik Besar benua Amerika Utara (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus).
BAHAN-BAHAN :
- 3 keping ikan salmon
- 15 biji bendi
- 3 sudu makan tauchu
- 1 inci halia
- 5 biji cili burung/cili padi (kalau nk pedas tambah cili)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- Minyak utk menumis
- Sedikit garam
- Gula
- Sedikit kiub pati ikan bilis maggi
- 1 sudu teh cuka/jus lemon
- 2 gelas air
PROSES PENYEDIAAN
- Goreng ikan salmon setengah masak. Halia, bawang merah, bawang putih dihiris nipis. Belah sedikit cili tapi jangan putus. Bawang besar dibelah empat. Bendi biar sebiji-sebiji jangan dipotong, cuma buang bahagian kepalanya.
- Tumis bahan-bahan yg telah dihiris hingga naik bau. Masukkan cili dan tauchu. Gaul sebentar,
- Kemudian masukkan air, cuka/jus lemon, garam (jgn terlalu byk kerana tauchu masin). gula dan kiub pati ikan bilis.
- Biar mendidih sekejap, masukkan ikan salmon. Akhir sekali masukkan bendi, jgn masak terlalu lama kerana bendi akan lembik, biar bendi ranggup sedikit
- Angkat dan siap dihidang dengan nasi panas panas
No comments:
Post a Comment