Wednesday 27 December 2017

RESEPI BISKUT KELAPA BADAM

BISKUT
Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.

BAHAN BAHAN
1 ½ cawan tepung kek
½ cawan gula pasir
1 ½ sudu besar serbuk koko
1 biji kuning telur
½ cawan kelapa kering     
100 gm mentega
1 sudu teh esen vanila
Secukup badam (sebagai hiasan)
Sedikit putih telur (sebagai hiasan)


CARA PENYEDIAAN

Gaul sebati tepung kek, gula, koko, kelapa kering, kuning telur dan esen vanila.

Masukkan mentega dan uli sehingga menjadi doh lembut. Canai dan terap di dalam acuan.


Sapu putih telur dan hias dengan badam. Bakar sehingga masak.

No comments:

Post a Comment