KUIH APAM
Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang
popular di Malaysia Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna
putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni.
Kuih apam biasanya gebu dan lembut.
Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan
campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan
kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan
kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama
BAHAN BAHAN
6
Biji Telur
1
Gelas tepung gandum
½
Biji kelapa
1
Gelas gula
1
Sudu Kecil esen vanilla
Pewarna
merah,kuning,hijau
Garam
CARA PENYEDIAAN
Pukul
telur dengan sedikit garam hingga kembang,masukkan gula dan pukul lagi sehingga
kembang.Masukkan esen vanilla dan tepung gandum.
Sementara
itu kelapa dibahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan
[1-merah,1-kuning,1-hijau]
setiap
bahagian kelapa letakkan sedikit/secubit tepung gandum untuk tujuan tidak
melekat.Kemudian masukkan kelapa ke dalam adunan tepung tadi dan gaul
rata.Sediakan loyang dan sapukan sedikit mentega dikeliling loyang dan tuang
adunan.
Kukus
sehingga masak.
No comments:
Post a Comment