Thursday 28 December 2017

RESEPI APAM JAGUNG KUKUS

KUIH APAM
Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama

BAHAN A
½ tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
6 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air

BAHAN B
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder.

CARA PENYEDIAAN
1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit

No comments:

Post a Comment