KUIH APAM
Kuih Apam atau
dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia
Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala
pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya
gebu dan lembut.
Kuih apam ini
dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan
gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan
dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai
digunakan bagi tujuan yang sama
BAHAN BAHAN
3 biji telur
1 cawan air soda
(sprite/seven up/ais krim soda)
3 cawan tepung
gandum
1½ cawan gula
Pewarna (ikut suka)
PROSES PENYEDIAAN
Pukul
telur dengan gula sehingga kembang. Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air
soda dan kacau rata.
Masukkan
tepung sedikit demi sedikit. Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit.
Hiaslah
dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi.
No comments:
Post a Comment