KUIH APAM
Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang
popular di Malaysia Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna
putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni.
Kuih apam biasanya gebu dan lembut.
Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan
campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan
kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan
kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama
BAHAN BAHAN
3 biji telur
1 ½ cawan gula
2 cawan tepung gandum
¾ cawan air suam
1 camca besar baking
powder
CARA PENYEDIAAN
Pukul
telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata.
Jika
suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan
bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.
No comments:
Post a Comment