KUIH APAM
Kuih Apam atau
dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia
Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala
pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya
gebu dan lembut.
Kuih apam ini
dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan
gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan
dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai
digunakan bagi tujuan yang sama
BAHAN BAHAN
600 gm tepung
gandum
10 biji telur
600 gm gula
1 sudu teh serbuk
penaik
Pewarna secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Pukul
telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik dan kacau rata. Sementara
itu goreng tepung gandum tanpa minyak hingga kering. Masukkan tepung sedikit
demi sedikit ke dalam adunan telur.
Setelah
itu masukkan pula pewarna . Panaskan kukusan hingga air meggelegak. Masukkan
adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Potong serong sewaktu
menghidang.
No comments:
Post a Comment