KUIH APAM
Kuih Apam atau
dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia
Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala
pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya
gebu dan lembut.
Kuih apam ini
dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan
gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan
dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai
digunakan bagi tujuan yang sama
BAHAN BAHAN
3 cawan tepung ubi
1 cawan tepung
gandum
8 biji telur
1 cawan gula halus
PROSES PENYEDIAAN
Tepung
gandum dan tepung ubi direndang hingga wangi baunya. Pukul telur hingga naik.
Gaulkan gula dengan kedua-dua jenis tepung tadi dan masukkan telur.
Uli
hingga menjadi lembut dan sebati. Canai adunan tadi dan terap dengan acuan yang
sesuai. Bakar hingga molek kuningnya.
No comments:
Post a Comment