Thursday 28 December 2017

RESEPI APAM BERAS

KUIH APAM
Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama

BAHAN BAHAN
Nasi - 1 mangkuk
Ragi Tapai - Separuh
Gula 1 Sudu Besar
(Kesemua bahan disatukan dan peram selama 2 hari sehingga menjadi tapai)
Tepung Beras - 1 Bungkus
Tapai Nasi - 1 Cawan
Gula - 1 Cawan
Air - 3 Cawan

CARA PENYEDIAAN
Tapai Nasi,Gula serta Air secawan dikisar.Selepas itu masukkan ke dalam bekas bersama baki 2 cawan air dan tepung beras.


Kacau hingga sebati dan kisar lagi.Peramkan selama 2-3 jam.Kukus sehingga masak.

No comments:

Post a Comment