Thursday 28 December 2017

BISKUT SARANG SEMUT

BISKUT
Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.


BAHAN BAHAN
1 cawan margerin
1 ½ cawan gula halus
1 ½ tepung gandum.....]
1 ½ tepung kastad.......] di ayak
1 biji telur
1 sudu kecil teh esen vanilla

HIASAN
manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

CARA PENYEDIAAN
1. Pukul kembang margerin dan gula.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata dan asingkan kepada 2 bekas (utk warna lain) uli gempalkan kemudian masukkkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan disudukan kedalam papercup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.

7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment