KUIH APAM
Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang
popular di Malaysia Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna
putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni.
Kuih apam biasanya gebu dan lembut.
Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan
campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan
kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan
kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama
BAHAN BAHAN
3
gelas gula pasir
500
gm tepung gandum
Sebesar
ibu jari yis basah
½
cawan gula merah, dimasak dan tapis
½
cawan gula pasir
4
cawan air
CARA PENYEDIAAN
Bancuh
yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau
sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika
terlalu pekat, tambah sedikit lagi air.
Tutup
bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan
dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan.
Tuang
adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur
sedikit garam.
No comments:
Post a Comment