Wednesday 27 December 2017

KUIH BANGKIT SANTAN

KUIH BANGKIT
Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu.
Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Rasanya yang manis menarik minat kanak-kanak.


BAHAN BAHAN
340 g tepung ubi
95 g tepung gandum
37 g gula halus
3 biji kelapa (santan pekat) 
3 helai daun pandan
2 biji telur
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN
Masak santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Satukan tepung ubi dan tepung gandum.

Goreng tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan sejukkan. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi. Uli hingga sebati.

Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.


No comments:

Post a Comment