Wednesday 27 December 2017

KUIH BAHULU KAMPUNG

KUIH BAHULU KAMPUNG
Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,


BAHAN BAHAN
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
setengah kg. tepung gandum
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu atau kuih cara.

CARA PENYEDIAAN
Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.Agar kuih jadi ringan.Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.

Pukul telur dan gula sampai kembang.Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedik demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Masak sehingga selesai. 

No comments:

Post a Comment