KUIH BAHULU
Kuih bahulu atau
baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat
terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian,
ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana
sambutan yang menggalakkan.
Secara amnya kuih
bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai,
bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar
didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,
BAHAN BAHAN
10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula
CARA PENYEDIAAN
Pukul telur dan gula
sehingga kembang.
Campurkan sedikit
tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan
terlalu cair.
Panaskan acuan dan
jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah
periuk.
Tuangkan adunan ke
dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.dalam
bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Masak sehingga selesai.
No comments:
Post a Comment