Tuesday, 14 September 2021

RESEPI KUIH CINCIN

Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan istimewa bagi kaum di Sabah. Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup.

BAHAN BAHAN

  • Tepung Gandum 1kg
  • Gula Pasir 500gm
  • Gula Merah 500gm
  • Tepung Beras 500gm
  • Air Satu Jag

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Masukkan Air Ke Dalam Kuali, Gula Pasir, Gula Merah dan Masak Atas Api Sederhana, Bila Dah Mengelegak Matikan Api
  2. Masukkn Air Gula Tadi Di Dalam Bekas. Selepas Itu Masukkan Tepung Gandum Hingga Menjadi Doh (Jangan Terlalu Keras)
  3. Ambik Sedikit Dan Gunakan Pengiling Tepung, Tekap Menggunakan Gelas Dan Buat 6 Lubang Menggunakan Tutup Botol Bagi Mendapatkan Bentuk Kuih Cincin. Goreng Dalm Minyak Panas, Angkat Bila Sudah Kekuningan.
  4. Tepung Beras Diadun Menjadi Cair. Ambik Kuih Cincin Tadi Celupkan Ke Dalam Tepung Beras Tadi, Goreng Sekali Lagi Hingga Kekuningan.
  5. Last Sekali Bole Lah Dimakan.,Letak Dalam Bekas Kedap. Udara Tahan 3 bulan

 

No comments:

Post a Comment