Wednesday, 15 September 2021

IKAN SEBELAH MASAM MANIS PEDAS

Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan sebelah garam kunyitkn & goreng

 

BAHAN A Blendkan

  • 1 biji bwg besar
  • 4 ulas bwg putih
  • 1/2 inci hali

 

BAHAN B

  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Daun sup & daun bwg
  • Bwg besar potong bulat
  • Sedikit garam & gula

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Tumis bahan A guna minyak goreng ikan, dah wangi dan garing masuk cili kisar, masak dulu sampai pecah minyak..
  2. Masukkn sos tiram, sos cili & tomato, biar mendidih masukkn air ikut kepekatan kuah yang kita nak..
  3. Masuk bawang besar & perasakan..
  4. Masukkn ikan tabur daun sup dan daun bawang.. Siap

No comments:

Post a Comment