Wednesday, 15 September 2021

GULAI IKAN SEBELAH

Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 mangkuk rempah kari
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kg ikan sebelah.Potong cantik
  • 8-10 biji kacang bendi
  • 3 biji tomato
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak


PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yg di mayang. Goreng sehingga naik bau dan berwarna kuning. Masukkan halba campur dan daun kari.
  2. Masukkan rempah kari. Masak sehingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan santan.
  4. Maukkan kacang bendi dan ikan
  5. Setelah ikan masak, masukkan tomato. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment