Thursday, 16 September 2021

PAIS IKAN TENGGIRI

Pepes atau Pais (Tulisan Sunda: ᮕᮄᮞ᮪, Pais) makanan khas Jawa Barat, Indonesia. Bahan asasnya ialah ikan dan daun pisang. Makanan ini terkenal kerana identik dengan daun pisang. Di samping itu juga, pepes memiliki kandungan nutrien yang baik untuk kesihatan kerana dalam proses pembuatan pepes ikan tidak menyerap minyak yang banyak.

Pepes dibuat dengan mencampurkan ikan atau sejenis makanan dengan campuran rempah-rempah termasuk garam, cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, serai, daun kari, buah keras, asam jawa, tomato, dan selasih lemon dan semuanya dibungkus dengan daun pisang.

BAHAN BAHAN
  • 2 potong ikan tenggiri
  • 9 Biji Limau Kasturi (jus nya shj)
  • Beberapa Biji Asam Jawa
  • Daun Pisang (disangar atas api)
  • 1 Sudu Besar Gula
  • Sedikit Garam
  • Hirisan Daun Limau (optional)

BAHAN BAHAN KISAR

  • 20 Batang Cili Kering
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 6-7 Ulas Bawang Kecil
  • 7-9 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ibu Jari Belacan
  • Air Sedikit

PROSES PENYEDIAAN
  1. Dalam satu mangkuk, campurkan bahan kisar bersama air perahan limau (jus limau). 
  2. Kemudian, tambahkan garam serta gula. Kacau sebati kesemua bahan.
  3. Kemudian letak campuran bahan tadi diatas daun pisang. 
  4. Ikan yang telah dicuci bersih, diletakkan diatas.
  5. Letak asam jawa, kemudian tambah lagi campuran bahan diatas ikan tadi.
  6. Bungkus kemas-kemas, susun diatas pemanggang.
  7. Bakar selama 15 minit. Terbalikkan ikan setiap 5-6 minit untuk pastikan ikan masak dengan sempurna.
  8. Setelah siap hidangkan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment