Wednesday, 15 September 2021

IKAN SEBELAH MASAK SOS

Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping isi ikan Sebelah digaul dengan garam & kunyit.

 

BAHAN SOS:

  • 6-7 cili kering yang dikisar
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 bawang besar dihiris kasar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato
  • Garam & gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  • Gorengkan ikan yg digaul dgn garam & kunyit - keluarkan sementara.
  • Untuk sos pula, tumiskan bawang putih & bawang besar hingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan cili sos, sos tiram & garam serta gula sesedap rasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato yg dibelah 6 bersama ikan yang di goreng tadi, biarkan beberapa minit.
  • Siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment