Wednesday, 15 September 2021

IKAN SEBELAH MASAK TIGA RASA

Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.

BAHAN UNTUK MENGGORENG IKAN:

  • 1 Ekor Ikan Sebelah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit

 

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Dain bawang untuk hiasan 


CARA PENYEDIAAN:

  1. Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
  4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  5. Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  6. Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  7. Hiasakan dengan daun bawang.

No comments:

Post a Comment