Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan sebelah - bersaiz sederhana besar dibersihkan dan digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng garing
- 1 labu bawang besar - dibersihkan dan dipotong bulat
- Sedikit gara
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak - untuk menumis
BAHAN
KISAR KASAR
- 10 biji cili hijau
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang puteh
- 2 batang serai
PROSES PENYEDIAAN
- Masukkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
- Setelah garing masukkan garam dan serbuk perasa serta bawang besar tadi. Goreng lagi sehingga bawang besar tu tadi nampak layu sedikit.
- Padamkan api. Bolehlah diangkat bahan tumisan tadi dan dituangkan diatas ikan tadi atau gaulkan sekali ikan ke dalam sambal hijau dengan perlahan supaya ikan tidak hancur, hidangkan.
- Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment