Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.
BAHAN-BAHAN:
- 800 gram ikan sebelah cuci bersih dan toskan
- 1 biji terung bulat, kupas sediki kulit dan didadu bersar2, rendam
- 1 biji tomato, belah 6
- 1 senduk nasi cili kisar
- 4 batang serai, dititik
- 1 helai daun kunyit, disiat
- 300 ml pati santan
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Hirisan daun bawang untuk hiasan
- Bawang goreng, untuk hiasan
BAHAN
KISAR HALUS
- 8 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 biji buah keras
- 1/2 inci belacan
- 1 camca teh ketumbar biji
- 1/2 inci kunyit hidup
PROSES
PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
- Masukkan ikan dan terung (toskan). Kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
- Akhir sekali masukkan tomato belah, masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Boleh juga gunakan ayam sebagai ganti ikan.
No comments:
Post a Comment