Wednesday, 15 September 2021

IKAN SEBELAH MASAK STIM

Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.

BAHAN-BAHAN:

  • Seekor ikan sebelah cuci bersih dan kelarkan
  • 5 ulas bawang putih
  • Stok ayam (kalau tidak ada, guna 1 kiub pati ayam kacau dgn ½ cawan air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau
  • Serai
  • Halia
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • Sos ikan (5 sudu besar)
  • Garam (tak letak pun takpe)
  • Gula secukup rasa


PROSES PENYEDIAAN

  1. Sediakan bekas yang sesuai mengikut saiz ikan dan letak dalam pengukus. Sekiranya mahu lebih cepat, boleh gunakan magic pan. Lagi cepat masak!
  2. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakkan. Selepas itu, sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.
  3. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.
  4. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Tolong rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.
  5. Bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
  6. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No. 4) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap

No comments:

Post a Comment