Ikan Sebelah, Ikan Lidah, atau Ikan Sisa Nabi adalah ikan yang dimiliki oleh beberapa keluarga. Secara umumnya, mereka adalah ahli keluarga Soleidae, tetapi, di luar Eropah, nama ikan sebelah juga digunakan untuk pelbagai jenis ikan yang mengkhusus kepada ikan leper yang serupa, terutamanya ahli lain suborder ikan Soleoidei dan juga ahli-ahli Pleuronectidae. Dalam masakan Eropah, terdapat beberapa spesies yang boleh dianggap ikan sebelah benar, tetapi ikan sebelah biasa atau Dover Solea solea, sering hanya disebut ikan sebelah, adalah yang paling dikenali dan yang paling meluas.
BAHAN
UNTUK IKAN:
- Ikan
- Garam
- Serbuk Kunyit
BAHAN LAIN:
- 1/2 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 3 Tangkai Cili Padi
- 1 Tangkai Cili Merah
- 1/2 Inci Halia
- 2 Sudu Besar Taucu
- Air
- Air Asam Jawa
- Gula
PROSES
PENYEDIAAN
- Gaulkan ikan denganw garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah dan halia hingga garing.
- Masukkan taucu, kacau sebentar.
- Tambahkan air, air asam jawa, sedikit garam (jangan letak banyak sebab taucu dah masin) dan juga sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
- Akhir sekali, masukkan ikan yang telah di goreng tadi ke dalam kuah dan kacau rata. Siap!
No comments:
Post a Comment