Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.
Sup adalah serupa dengan stew, dan dalam beberapa kes mungkin tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, sup umumnya mempunyai cecair yang lebih daripada stew
BAHAN-BAHAN :
- 400 gram udang galah yang telah dibersihkan
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 2 mangkuk air
- 1 camt serbuk lada hitam
- Hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng
- Garam & serbuk perisa
PROSES PENYEDIAAN
- Tumis bawang putih hingga garing.
- Masukkan air & biarkan hingga mendidih.
- Masukkan udang, serbuk lada hitam, garam & serbuk perisa. Biarkan hingga udang masak.
- Tabur hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng. Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment