Sunday, 10 October 2021

RESEPI IKAN SALMON MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

Istilah curry (yang bermaksud "rendidih") wujud dalam bahasa Inggeris sebelum ketibaan pedagang-pedagang British ke subbenua India, dan mungkin dipergunakan oleh mereka untuk merujuk kepada sebarang hidangan yang dianggap mereka seolah-olah rendidih. Istilah ini kini digunakan dengan lebih longgar, khususnya di dunia Barat untuk merujuk kepada hampir semua hidangan berasaskan sos dan rempah yang dimasak dengan berbagai-bagai gaya Asia Selatan dan Asia Tenggara. Di Kerala, walaupun setiap kari mempunyai nama yang khusus, namun setiap hidangan sampingan masih dirujuk sebagai "kari" secara kelaziman sejarah.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan Salmon @ 500 gram , kerat ikut suka, bersih dan toskan
  • 10 batang bendi muda, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap biji
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 1/2 camca besar rempah kari ikan 
  • 1 camca besar penuh cili kisar
  • 4 biji bawang merah, kisar halus
  • 3 ulas bawang putih, kisar halus
  • 1 kiun ikan bilis "maggi" (optional)
  • 1 inci halia, kisar halus
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

 BAHAN TUMIS

  1. 3 biji bawang merah, hiris
  2. 2 ulas bawang putih, hiris
  3. 2 tangkai daun kari, dilurut
  4. 1 camca teh halba campur
 

 PROSES PENYEDIAAN

  1. Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
  4. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  5. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
  7. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika da ok boleh matikan api. Siap

No comments:

Post a Comment