Sunday, 10 October 2021

RESEPI GULAI UDANG DENGAN PETAI

Gulai atau masak lemak ialah masakan mengandungi daging, ikan dan sebagainya berbumbu kaya rempah antara lain kunyit, ketumbar, lada, lengkuas, halia, cili merah, bawang merah, bawang putih, adas, pala, serai, kayu manis dan jintan yang dihaluskan, dicampur, kemudian dimasak dalam santan.Masakan ini diperkenalkan orang-orang Minangkabau yang merantau dari Sumatera Barat dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Gulai biasanya disajikan bersama nasi panas, akan tetapi terdapat beberapa resipi seperti gulai kambing dapat dihidangkan bersama roti canai.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
  • 3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
  • 2 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
  • 8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
  • 2 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • sedikit garam

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
  3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment