Sunday, 10 October 2021

RESEPI IKAN CENCARU MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

Istilah curry (yang bermaksud "rendidih") wujud dalam bahasa Inggeris sebelum ketibaan pedagang-pedagang British ke subbenua India, dan mungkin dipergunakan oleh mereka untuk merujuk kepada sebarang hidangan yang dianggap mereka seolah-olah rendidih. Istilah ini kini digunakan dengan lebih longgar, khususnya di dunia Barat untuk merujuk kepada hampir semua hidangan berasaskan sos dan rempah yang dimasak dengan berbagai-bagai gaya Asia Selatan dan Asia Tenggara. Di Kerala, walaupun setiap kari mempunyai nama yang khusus, namun setiap hidangan sampingan masih dirujuk sebagai "kari" secara kelaziman sejarah.

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan Cencaru @ 500 gram , kerat ikut suka, bersih dan toskan
  • 10 batang bendi muda, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap biji
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 1/2 camca besar rempah kari ikan 
  • 1 camca besar penuh cili kisar
  • 4 biji bawang merah, kisar halus
  • 3 ulas bawang putih, kisar halus
  • 1 kiun ikan bilis "maggi" (optional)
  • 1 inci halia, kisar halus
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN TUMIS

  1. 3 biji bawang merah, hiris
  2. 2 ulas bawang putih, hiris
  3. 2 tangkai daun kari, dilurut
  4. 1 camca teh halba campur

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  • Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
  • Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  • Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
  • Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika da ok boleh matikan api. Siap

No comments:

Post a Comment