Sunday, 10 October 2021

RESEPI GULAI DAGING DENGAN TULANG

Gulai atau masak lemak ialah masakan mengandungi daging, ikan dan sebagainya berbumbu kaya rempah antara lain kunyit, ketumbar, lada, lengkuas, halia, cili merah, bawang merah, bawang putih, adas, pala, serai, kayu manis dan jintan yang dihaluskan, dicampur, kemudian dimasak dalam santan.Masakan ini diperkenalkan orang-orang Minangkabau yang merantau dari Sumatera Barat dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Gulai biasanya disajikan bersama nasi panas, akan tetapi terdapat beberapa resipi seperti gulai kambing dapat dihidangkan bersama roti canai.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging/tulang lembu/kambing
  • sedikit tepung gandum
  • 3 sudu cili mesin
  • * 1 labu bawang besar
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih ~ semua bahan * diblend halus
  • * 1in halia
  • *3 hirisan lengkuas
  • 4 sudu besar rempah gulai daging/kawah
  • 3/4 cawan santan fresh/pekat
  • 2 bj ubi kentang
  • air secukupnya
  • nisan/gula melaka
  • 2 sudu besar kerisik
  • air asam jawa
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Minyak

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Tulang/daging lembu atau kambing diperap dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air. Biarkan 5 - 10 minit dan bersihkan. Toskan. (ni petua utk menghilangkan bau hamis kambing)
  2. Masukkan tulang/daging tadi kedalam periuk dan isikan dgn air melebihi sedikit dr paras daging.
  3. Masaklah sehingga 1/2 empuk. Ketepikan.
  4. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik td (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) bersama daun pandan hingga wangi.
  5. Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak dan masukkan bahan blend.
  6. Kacau dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga garing sedikit dan masukkan rempah gulai serta 1/2 cawan air (boleh ambil air dr rebusan daging/tulang td).
  7. Goreng hingga pecah minyak baru la masukkan daging/tulang.
  8. Gaulkan hingga rempah sebati dgn daging/tulang. Biarkan lebih kurang 10 minit.
  9. Masukkan kesemua air rebusan td dan juga ubi kentang.
  10. Masaklah hingga mendidih dan baru la dimasukkan santan fresh/pekat.
  11. Bila kuah mendidih, masukkan air asam jawa, garam, nisan/gula melaka dan kerisik.
  12. Kalau nak masukkan 1/2 kiub pati ayam/daging pun boleh, utk menyedapkan lg rasa lauk ni. Jgn lupa mengacau ya, nanti santan naik kepala.
  13. Kalau nampak kuah agak pekat dan tak pecah minyak, boleh lah dimasukkan 1 cawan air panas mendidih ke dalam kuah. Dengan cara ni, kuah akan jd cair balik dan akan pecah minyak.
  14. Masaklah hingga daging dan ubi kentang empuk (tulang memang takkan empuk kan) dan kepekatan kuah yg disukai. Nak pekat lg, tambahkan masa memasak.

No comments:

Post a Comment